bina website

Seperti media sosial, bina website sangat penting seiring dengan perkembangan kemajuan dunia digital.

Ini membantu para peniaga atau organisasi pelbagai industri memastikan kecekapan menguruskan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tambahan pula, ramai peniaga telah mula beralih ke perniagaan atas talian terutama dengan adanya pemasaran digital.

Namun, ramai juga yang hanya bergantung kepada platform media sosial sahaja tanpa laman web sendiri.

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi cara bina website dengan mudah untuk mengoptimumkan perniagaan anda.

4 Komponen Bina Website

komponen website

1. Domain 

Lebih mudah dikenali sebagai alamat website atau url utama yang tertera semasa melayari Internet.

Sebagai contoh, www.leet.my merupakan nama domain bagi website ini.

Domain merupakan komponen utama pada website untuk membolehkan prospek menjumpai laman web anda. 

Pemilihan nama domain akan melambangkan jenis perniagaan. Website tanpa domain ibarat rumah tanpa alamat. 

Bagaimana nak dapatkan domain? 

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui caranya.

2. Hosting

Hosting ialah tempat penyimpanan dan pengurusan data secara online dalam bentuk website.

Secara mudahnya, ia merujuk kepada server yang menyimpan maklumat website seperti video, email dan teks. 

Ia teknologi yang amat penting untuk membangunkan sesuatu laman web. 

Oleh itu, pemilihan hosting yang berkualiti cukup penting untuk memastikan operasi website berjalan lancar tanpa masalah.

3. Platform Website

Sebagai seorang pemilik perniagaan, anda perlu tahu platform website yang terbaik bagi memenuhi objektif bisnes. 

Oleh itu, kami akan sertakan beberapa platform website seperti di bawah:

        • Shopify

Antara platform e-dagang untuk mendirikan laman web yang menjalankan kedai secara dalam talian. 

Shopify menawarkan pelbagai kemudahan seperti proses pembayaran, e-mel bahan pemasaran, blog penulisan dan template.

        • WordPress

Merupakan pilihan paling popular sebagai ruang penulisan untuk menghasilkan blog penulisan.

Paling menarik, WordPress menyediakan perkhidmatan yang bersifat pengurusan sistem terbuka iaitu Open Source Content Management.

Dengan kata lain, WordPress adalah sumber terbuka iaitu bebas daripada mana-mana kepunyaan syarikat.

Membolehkan penggunaan secara percuma dan boleh mengubah fungsi-fungsi yang sedia ada.

        • Wix

Wiz iaitu pembina website sangat sesuai dijadikan sebagai platform perniagaan kerana boleh diubah suai mengikut citarasa.

Bukan itu sahaja, Wix juga menawarkan kemudahan seperti SEO Wizard.

Ia juga sangat mudah untuk digunakan termasuklah boleh mengendali website melalui telefon pintar.

        • BigCommerce 

Platform e-dagang berbayar yang menawarkan perkhidmatan software as a service (SaaS) dengan pelbagai kelebihan.

Melalui platform ini, peniaga boleh menjana perniagaan secara atas talian dengan memilih jenis perkhidmatan tetapi dengan bayaran setiap bulan.

4. Konten

Pelbagai isi kandungan boleh diterbitkan di website mengikut kreativiti untuk menarik minat pengguna Internet.

Disini, kami sertakan 4 contoh bagi jenis-jenis konten penulisan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

        • Informasi Umum

Tahukah anda, konten berbentuk informasi umum merupakan carian tertinggi di Internet.

Oleh itu, para peniaga perlulah merebut peluang menghasilkan konten penulisan jenis ini yang bersesuaian dengan bidang kepakaran dan kemahiran mereka.

Hasilnya boleh menarik pelanggan baharu ke website sekaligus membantu mempromosikan produk atau servis yang ditawarkan. 

        • Tutorial

Tutorial juga sangat popular di kalangan pengguna Internet untuk meraih kepercayaan dan komunikasi antara pelanggan dan peniaga. 

Konten ini memberi informasi tentang penjelasan penggunaan sesuatu produk atau servis dengan maklumat yang lebih jelas.

Terutamanya produk yang berkaitan kecantikan.

        • Slideshare

Lebih menarik berbanding konten jenis penulisan semata kerana slideshare lebih kepada penggunaan gambar, statistik, dan video.

Tetapi jenis video dan gambar mestilah relevan dengan apa yang hendak disampaikan kepada pembaca.

        • Konten Perbandingan 

Buat konten yang menunjukkan perbandingan sesuatu produk atau servis yang anda tawarkan.

Ini memberi ruang kepada pembaca mengetahui kelebihan dan kekurangan antara pilihan produk yang mereka inginkan.

Seterusnya membantu pembaca membuat keputusan yang lebih bijak dengan adanya perbandingan.

Namun, pastikan anda kekalkan intonasi natural dalam gaya penulisan kepada pembaca.

Bina Website Sendiri Dengan WordPress

wordpress

Langkah 1: Daftar Domain

Jika anda menggunakan WordPress, disarankan untuk melanggan Bluehost sebagai hosting website.

Ketika melanggan hosting, anda juga boleh membeli dan mendaftar domain.

  1. Isi nama domain yang ringkas untuk website anda. Penggunaan nama domain yang panjang dan rumit perlu dielakkan.
  2. Memastikan domain itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan perlindungan privasi.
  3. Meneruskan pembelian dengan klik pada “Add to Cart”
  4. Melakukan pembayaran.

Langkah 2: Daftar Hosting

Setelah melanggan Bluehost sebagai hosting, ikuti langkah mudah dibawah untuk mendaftar hosting.

  1. Di halaman utama Bluehost, klik “Get Started”
  2. Pilih sahaja pelan yang bersesuaian dengan website anda.
  3. Daftar nama domain yang telah dilakukan.
  4. Isi maklumat akaun yang diminta.
  5. Lakukan pembayaran.
  6. Isi kata laluan akaun Bluehost anda.

Langkah 3: Daftar WordPress

Setelah mendaftar domain dan hosting, anda boleh mula set up WordPress.

  1. Masuk ke akaun Bluehost dengan mengisi nama domain beserta kata laluan.
  2. Masukkan nama website anda.
  3. Boleh pilih website sebagai blog atau kedai dalam talian.
  4. Jawab soalan yang tertera.
  5. Pilih tema yang sesuai.

Kenapa Kena Bina Website?

website untuk peniaga

Kami akan kongsikan sebab-sebab kenapa para peniaga perlu ada website seiring dengan perkembangan teknologi.

  • Berkembang ke Pasaran Global

Semua dihujung jari sahaja, maka sebagai peniaga anda juga mesti memanfaatkan kelebihan Internet ini.

Kembangkan perniagaan ke pasaran global melalui website yang boleh menghubungkan pelanggan tanpa sempadan.

  • Berkomunikasi dengan Pelanggan

Website menjadi tempat perhubungan untuk berinteraksi seperti media sosial. 

Bukan itu sahaja, keyakinan pelanggan juga akan bertambah. 

Pelanggan tidak tertipu seperti kes fake sosial media yang masih berlaku hingga hari ini.

Dengan adanya website, akan lebih memudahkan urusan komunikasi dan jualan berikutan website dibuka sepanjang masa.

Ia boleh juga diibaratkan seperti salesman yang mampu bekerja 24/7. 

Untung jualan masih boleh dikecapi setiap minit. 

  • Bersaing dengan Pesaing

Memiliki website berpeluang menjadikan anda bersaing dengan pesaing anda.

Termasuklah memaparkan anda adalah peniaga yang progresif dan mempunyai kontemporari imej dengan trend teknologi terkini. 

Menjalankan perniagaan melalui website juga mencerminkan perniagaan yang lebih professional.

  • Pemasaran

Pengiklanan di website lebih mudah dan murah dibuat sebaik sahaja trafik yang baik telah dibina di website.

Iklan boleh sentiasa dipaparkan kepada prospek yang melayari website anda. 

Ini membolehkan kadar tindak balas pelawat melalui website adalah jauh lebih baik berbanding iklan konvensional. 

  • Jimat

Dengan adanya website anda boleh menjimatkan masa anda dan juga para prospek.

Contohnya, ramai peniaga meletakkan Frequently Asked Questions berkenaan produk atau servis bisnes di laman web mereka untuk dirujuk pada bila-bila masa.

Jadi, pelanggan tidak perlu membuang masa menunggu maklum balas.


Kesimpulannya, tiada sebab untuk anda tidak mahu mempunyai website sendiri bagi perniagaan yang dijalankan. 

Lebih-lebih lagi bukan sahaja untuk perniagaan yang besar malahan perniagaan kecil-kecilan juga sesuai dijana dengan website.

Semua peniaga perlu mula memastikan perniagaan mereka bergerak ke arah digital selain fokus kepada manual sahaja.

Kini, website termasuk komponen utama seperti domain boleh dibina dengan mudah melalui servis di Leet.my.

Dengan pengalaman selama 12 tahun, kami pakar dalam menyediakan perkhidmatan server dan cloud solution. 

Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan pelbagai pelan menarik dengan harga berpatutan sesuai dengan saiz bisnes anda. 

Arahan dan penyelenggaraan juga adalah mudah difahami dengan pasukan sokongan yang sentiasa bersedia untuk membantu anda. 

Kami juga menawarkan bantuan profesional yang bersedia 24 jam setiap hari jadi anda tak perlu risau tentang sebarang aktiviti laman web yang mencurigakan, mereka akan pantau.