Dengan perkembangan internet dan teknologi dalam kehidupan seharian kita, sistem E-dagang juga turut semakin berkembang.
Ini merupakan berita baik untuk pemilik bisnes kerana ia akan memudahkan lagi perkembangan bisnes mereka.
Oleh itu, anda harus turut serta dan gunakan peluang yang ada untuk memudahkan lagi urusniaga dengan pelanggan anda.
Ingin tahu kelebihan-kelebihan yang anda akan dapat dengan menggunakan platform E-dagang untuk bisnes anda? Teruskan membaca!
Populariti E-Dagang Semakin Meningkat
E-dagang merupakan proses jual beli barang melalui sisten elektronik seperti aplikasi mudah alih dan Internet.
Ia juga merujuk kepada proses peruncitan dan membeli-belah dalam talian serta transaksi elektronik.
Sejak beberapa dekad yang lalu, sistem E-dagang telah meningkat popularitinya.
Dengan ini, kita menyaksikan sedikit-sebanyak penggantian sistem jual beli tradisional.
Platform E-dagang juga membolehkan anda membeli dan menjual produk pada skala global, pada bila-bila masa.
Bukan itu sahaja, anda tidak perlu menanggung kos overhead yang sama seperti dengan kedai tradisional.
Ramai orang menganggap bahawa E-dagang adalah perniagaan pengguna kepada pengguna sahaja (B2C), namun terdapat banyak jenis E-dagang yang lain.
Ini termasuklah website lelongan online, perbankan internet, tiket dan tempahan online, dan urus niaga perniagaan ke perniagaan (B2B).
Dulu, ramai pengguna mungkin ragu-ragu untuk menyerahkan butiran peribadi mereka kepada peruncit dalam talian.
Namun, Dengan wujudnya sistem pembayaran yang boleh dipercayai seperti Paypal dan Worldpay telah membantu meningkatkan keyakinan orang ramai.
9 Kelebihan Platform E-Dagang
- Proses pembelian yang lebih pantas
Dengan platform E-dagang, pelanggan boleh membeli apa-apa sahaja barang walaupun barang tersebut dijual di kedai yang jauh dari mereka.
Pelanggan juga tidak dikenakan had masa untuk memilih dan membeli apa-apa sahaja yang mereka mahukan.
Mereka dapat menyemak imbas banyak kali item yang ingin dibeli hanya melalui skrin telefon pintar mereka.
Bukan itu sahaja, mereka dapat membandingkan harga antara kedai dengan pantas dan mudah tanpa perlu pergi ke mana-mana kedai fizikal.
E-dagang memudahkan ramai pembeli untuk membeli barang dengan pantas. Malah, tempoh pengeposan barang juga agak cepat.
- Memudahkan penyenaraian produk
Penyenaraian produk adalah penting untuk pelanggan lihat barang-barang yang dijual di kedai online anda.
Ia merupakan satu kelebihan platform E-dagang.
Anda juga boleh menyenaraikan produk anda mengikut kategori seperti baju, kasut, alatan dapur atau makanan.
Selain itu, proses penyenaraian barang mengambil masa yang sangat singkat. Anda hanya perlukan nama atau kod produk seperti EAN, UPC, ISBN atau ASIN.
Bukan itu sahaja, antara perkara yang anda boleh letakkan pada halaman tersebut adalah:
- Imej produk
- Penerangan atau cara penggunaan produk
- kategori produk
- Harga
- bayaran penghantaran
- tarikh penghantaran
Dengan ini, anda dapat memberitahu banyak maklumat berkaitan produk anda dengan hanya beberapa langkah yang mudah. Semuanya sudah tersedia untuk pelanggan.
Untuk membuat pelanggan lebih tertarik untuk membeli, anda boleh mengikut tips-tips berikut:
- Gunakan imej beresolusi tinggi.
- Mengekalkan dimensi asal imej. Biasanya platform E-dagang akan mengesyorkan format resolusi.
- Menyediakan imej produk daripada pelbagai sudut
- Sekiranya produk anda mempunyai banyak warna, pastikan anda meletakkan gambar bagi setiap warna tersebut.
- Mengurangan kos operasi
Salah satu kelebihan utama bagi penggunaan platform E-dagang terhadap penjual dan pembeli adalah ia dapat membantu mengurangkan banyak kos.
Ini kerana, ramai penjual mungkin perlu membayar sewa lot untuk mengekalkan kedai fizikal mereka.
Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membayar kos tambahan seperti bil elektrik, kos pembaikan, reka bentuk kedai, inventori, gaji pekerja dan lain-lain
Tambahan pula, selepas melabur dalam pembaikkan perkhidmatan, stok, penyelenggaraan dan tenaga kerja, penjual masih berisiko tidak menerima keuntungan dan ROI yang diingini.
Namun, dengan kedai E-dagang, penjual boleh mengurangkan jumlah yang dibelanjakan dalam penyelenggaraan kedai.
Ini, kerana, kedai E-dagang adalah berpatutan dan memerlukan pelaburan yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan kedai fizikal.
Ini juga merupakan peluang yang baik untuk usahawan kecil untuk memperoleh pendapatan tanpa modal permulaan yang banyak.
- Kos pengiklanan dan pemasaran yang berpatutan
Penjual tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk mempromosikan barangan mereka.
Dengan kos yang berpatutan, dunia E-dagang menawarkan kemudahan untuk memasarkan bisnes anda online dengan pantas.
Anda boleh menggunakan kemudahan yang tersedia dengan memuatnaik maklumat dan gambar produk anda ke sama ada website atau media sosial anda.
Tambahan pula, kemudahan E-dagang juga membolehkan anda berinteraksi secara langsung dengan pelanggan di mana-mana sahaja mereka berada.
Banyak juga platform E-dagang yang menawarkan peranti untuk menganalisa status pembelian pelanggan belum selesai, tidak dihantar, dihantar, dibatalkan, dipulangkan.
Ini akan memudahkan anda untuk mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan pelanggan sentiasa menerima servis yang terbaik.
- Memberikan fleksibiliti kepada pelanggan
Kelebihan penting E-dagang adalah penjual boleh memberikan fleksibiliti kepada pelanggan kerana kedai online anda boleh diakses 24 jam.
Ini bermakna, anda boleh menawarkan produk dan servis anda di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.
Tambahan pula, disebabkan kedai online anda senang untuk diakses dan produk senang diperolehi, pelanggan berkemungkinan besar akan berulang kali membeli dengan anda.
Kemudahan lain yang diperoleh oleh pelanggan juga termasuklah penghantaran percuma pada nilai troli minimum, penghantaran pesanan ekspres serta diskaun.
Mereka juga dapat berkongsi pengalaman menggunakan produk anda di ruangan feedback untuk membantu pembeli lain tahu lebih lanjut tentang produk tersebut.
Ulasan positif yang anda terima juga akan mendorong pelanggan lain lebih yakin dengan keberkesanan produk anda.
Selain itu, platform E-dagang juga boleh membantu anda mengenal pasti barangan terlaris anda. Ini dapat membantu anda dalam proses restock semula barang.
- Tiada had capaian
Sekiranya bisnes anda hanya beroperasi dengan bantuan kedai fizikal, anda mungkin berhadapan dengan kesukaran had jarak dengan pelanggan yang diluar kawasan anda.
Namun, pasaran E-dagang mempunyai sistem logistik dan penghantaran mereka tersendiri yang memudahkan pelanggan untuk menerima produk anda.
Selain dapat mencapai lebih ramai pelanggan, anda dapat menjimatkan kos logistik.
- Memudahkan perbandingan produk dan harga
Dengan platform E-dagang, penjual dan pembeli boleh membandingkan produk-produk yang ada di pasaran dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka.
Ini akan memudahkan anda merancang harga yang strategik dan berpatutan untuk dicaskan kepada pembeli.
Perbandingan harga bukan sahaja dapat dilakukan dengan pantas dalam talian malah ia meliputi banyak produk.
Ini akan menjimatkan masa semasa membeli-belah kerana semua butiran tersedia di website online tersebut.
Di kedai fizikal, penjual mungkin tidak dapat akses kepada banyak butiran produk penjual lain. Mereka hanya mempunyai pengetahuan tentang inventori mereka sendiri.
Seterusnya, dengan platform E-dagang, akan ada paparan yang memberitahu pembeli tentang berapa banyak produk yang telah dijual oleh kedai tersebut.
Apabila ramai pelanggan melihat banyak barang telah berjaya dijual, mereka akan rasa lebih yakin untuk meneruskan pembelian daripada kedai anda.
- Servis yang lebih pantas kepada pembeli
Setiap interaksi adalah lebih pantas apabila anda melakukannya online.
Penjualan melalui platform E-dagang menawarkan anda sistem logistik atau penghantaran yang lancar dan lebih cepat berbanding cara tradisional.
Ini kerana, setiap pesanan pembeli akan dihantar segera kepada penjual. Penjual akan kemudian terus melakukan proses pembungkusan dan penghantaran kepada pembeli.
Di samping itu, pembeli juga boleh memberitahu penjual sekiranya barang yang mereka ingini telah kehabisan stok dengan menekan butang ‘Beritahu Saya’.
Dengan ini, penjual tahu untuk restok barang tersebut supaya mereka boleh mendapatkan lebih ramai pembeli.
- Penawaran beberapa mod pembayaran
Pasaran E-dagang membenarkan pembeli memilih beberapa mod pembayaran termasuklah pembayaran tunai semasa penghantaran, kad debit, kad kredit atau perbankan online.
Penjual tidak lagi perlu kehilangan peluang penjualan yang kerana kekurangan mod pembayaran.
Selain itu, dengan kemudahan Cart Recovery, pembeli dapat memberitahu pelanggan untuk menyelesaikan pembelian sekiranya mereka masih belum melakukan pembayaran.
Jadi bagaimana? Sudah bersedia untuk menggunakan platform E-dagang untuk untuk memajukan lagi bisnes anda?
Hubungi Leet.my segera!
Leet.My ialah pakar dalam menyediakan perkhidmatan server dan cloud solution selama 12 tahun.
Apakah keistimewaan Leet.my?
Semestinya terdapat pelbagai pelan menarik dengan harga berpatutan!
Anda boleh pilih mana-mana pelan yang bersesuaian dengan saiz perniagaan anda. Semuanya tersedia untuk anda.
Jika anda baru memulakan bisnes dan ingin mengembangkannya online, anda boleh ambil pakej Prihatin .
Bermula dengan RM80 menggunakan domain yang berakhir dengan .my.
Jika anda mempunyai atau menggunakan domain .my, ia akan menonjolkan lokaliti perniagaan anda.
Dengan tambahan anda boleh juga mempunyai email akaun dengan nama sendiri serta hosting percuma untuk meletakkan laman web anda.
Ini semuanya boleh terjadi dengan hanya pakej PRIHATIN kami. Bermula RM80 anda dapat semua itu sebagai permulaan.
Berikut merupakan pakej-pakej yang anda boleh dapatkan:
Package Prihatin National domain .com.my .net.my .org.my **Document Require.com.my, .net.my Bundle Deal! RM80.00 |
Package Prihatin National domain .my **Document Require Bundle Deal!RM100.00 |
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Prihatin!
Bukan itu sahaja, arahan penyelenggaraan kami juga mudah difahami. Pasukan kami sedia membantu anda dengan sebarang masalah yang anda hadapi selama 24 jam.
Tambahan pula, dengan Leet.my, anda boleh bina website bisnes anda dengan semudah drag & drop.
Ini bermakna, web builder kami memberi anda peluang untuk membina website tanpa coding.
Lokal server kami berpusat di Data Center, Cyberjaya yang merupakan pusat data utama di rantau asia iaitu PLTPRO @CX2.
Leet.my juga menawarkan jaminan uptime ketersediaan laman web anda sebanyak 99.9%