Pada masa kini, setiap perniagaan memerlukan online presence. Salah satu cara untuk mewujudkan online presence adalah dengan adanya domain dan juga hosting untuk website.
Meskipun proses membuat domain dan hosting tidak mudah, anda masih boleh membina website dengan adanya kepakaran yang sewajarnya.
Mungkin anda terlalu risau akan reka bentuk website. Tetapi, platform web hosting merupakan elemen yang paling penting sebelum anda membina website.
Jadi, artikel ini akan membincangkan beberapa info utama yang anda perlu tahu sebelum membina website.
Jom teruskan membaca!
2 Elemen Penting sebelum Membina Website
Domain
Secara ringkasnya, domain merupakan alamat yang merujuk kepada laman web anda.
Sebagai contoh, kami menggunakan address https://www.leet.my/ dan itu merupakan domain kami.
Berdasarkan contoh alamat domain yang diberikan, anda perlu memikirkan nama domain yang ringkas, mudah untuk ditaip, dan juga yang melambangkan identiti perniagaan anda.
Hal ini kerana penciptaan domain yang berkesan merujuk kepada alamat yang ringkas dan mudah untuk diingati. Contoh alamat domain daripada brand yang terkemuka ialah Facebook dan Twitter.
Selain itu, penamaan domain anda juga akan mempengaruhi kadar return visitor. Ia merujuk kepada pengguna Internet yang sering melayari web anda untuk mendapatkan maklumat.
Buat anda yang tertanya-tanya mengenai harga domain, ia bergantung kepada jenis address yang anda mahukan.
Pakej prihatin yang kami tawarkan dalam lingkungan RM45 sehingga RM65 ataupun berdasarkan renewal tahunan domain.
Hosting
Hosting merupakan storage atau penyimpanan fail-fail dan data yang ada di laman web anda.
Ia akan menyimpan segala data yang berkaitan dengan website seperti teks, video, dan juga gambar.
Penyimpanan fail-fail ini yang akan dipapar pada website anda sekiranya pengguna Internet klik ke domain website anda.
Selain itu, anda juga boleh membuat sub-domain seperti login.subdomain.com sekiranya pakej hosting menawarkan perkhidmatan tersebut.
Artikel berkait:
Kepentingan Adanya Hosting Pada Masa Kini
Berikut merupakan 4 kepentingan adanya hosting:
1. Menambah baik Prestasi Laman Web Anda
Untuk mengekalkan pelawat di website, anda perlu memastikan bahawa reka bentuk website itu tampak minimalis.
Reka bentuk website yang minimalis dapat meningkatkan kelajuan halaman serta membuatkan pengguna Internet berpuas hati.
Reka bentuk website yang minimalis mempunyai kelajuan yang tinggi dan ia mampu mengelakkan daripada terjadinya glitches and lags.
Untuk itu, anda boleh meminta informasi dengan lebih lanjut mengenai hosting yang bakal diambil.
Pembekal hosting yang baik akan menyediakan kelajuan yang tinggi bagi meningkatkan prestasi website tanpa mengira kandungan di website tersebut.
2. Khidmat Pelanggan yang baik
Sebagai seorang peniaga, anda perlu tahu bahawa terdapat dua kumpulan pelanggan iaitu loyal customers dan juga new customers.
Kebiasaannya, loyal customers tidak mempunyai apa-apa masalah ketika melayari website bisnes.
Tetapi, anda perlu sentiasa bersedia apabila terjadinya situasi di mana new customers memerlukan bantuan yang berkaitan dengan dunia digital.
Lebih-lebih lagi isu digital yang melibatkan glitches dan lags. Disebabkan itu, anda perlu berbincang terlebih dahulu dengan pembekal hosting.
Pembekal hosting yang baik akan memastikan keadaan sebegini dapat dikurangkan pada masa lain kelak.
3. Pengurusan Data Yang Lebih Berkesan
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pengendali website adalah mengehadkan penggunaan elemen-elemen di website.
Antara elemen-elemen yang diterhadkan adalah pengurusan kandungan, susun atur, dan juga kekerapa iklan yang disiarkan.
Oleh itu, anda perlu tahu sama ada pembekal hosting menawarkan web developing yang baik.
Mereka akan memberi tunjuk ajar kepada anda mengenai pengurusan data secara maya.
4. Sekuriti Digital Dapat Dipertingkatkan
Adakah dengan mewujudkan website perniagaan dapat menyelamatkan anda daripada digodam?
Jawapannya, tidak.
Menurut Fundera (sebuah syarikat antarabangsa), lebih daripada 64 peratus syarikat akhirnya mengalami serangan web.
Lebih membahayakan adalah sejak peningkatan COVID-19, FBI telah melaporkan bahawa kejadian jenayah siber telah meningkat sebanyak 300 peratus!
Oleh itu, dengan adanya website yang selamat adalah sangat penting, terutamanya:
- Untuk mendapatkan data pelanggan
- Untuk mengekalkan imej jenama
- Untuk meningkatkan kepercayaan pengguna dengan jenama
Dengan menggunakan perkhidmatan hosting web yang profesional, perniagaan anda mempunyai tahap keselamatan yang lebih terjamin.
Tambahan lagi, perkhidmatan hosting yang premium sentiasa memastikan kita bebas daripada serangan siber.
Antara perkhidmatan hosting yang premium adalah audit keselamatan, kemas kini OS, penapisan spam, dan juga pengimbasan virus.
Artikel berkait:
Hosting Prihatin Malaysia Daripada Leet.my
Adakah anda sudah dapat membezakan antara domain dan hosting?
Sekiranya anda sedang mencari pembekal hosting yang terkemuka di Malaysia, anda boleh klik di sini.
Leet.my merupakan pilihan yang terbaik buat anda yang sedang mencari perkhidmatan dan pakej hosting dengan harga yang berpatutan.
Hal ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak ketika anda ingin membina website.
Sebelum itu, apakah kelebihan memilih Leet.my sebagai pembekal hosting untuk website perniagaan anda?
Kelebihan pakej prihatin hosting Leet.my adalah seperti yang dinyatakan:
- Anda akan menerima hosting secara percuma dengan pembelian domain (.com).
Membeli domain .my dan mendapat hosting secara percuma - 1GB Ultra Fast SSD Disk Space
- Kelajuan 3GB bagi penghantaran data
- E-mail akaun yang unlimited
- 1 website
- 10 MySQL
- One Click Installer
- SSL ( HTTPS ) percuma selama 1 tahun
- PERCUMA Data Backup selama 1 tahun
Pakej Prihatin daripada Leet.my sememangnya amat berbaloi, lebih-lebih lagi buat anda yang baru ingin membuat website perniagaan.
Pakej Hosting Perihatin Malaysia daripada Leet.my merupakan pakej yang lengkap untuk sesebuah website berfungsi.
Kesimpulannya, sebagai pemilik bisnes, anda perlu lebih cakna akan pilihan pembeli-pembeli di Malaysia.
Hal ini kerana mereka lebih gemar apabila perniagaan tersebut menawarkan perkhidmatan secara fizikal dan digital.
Oleh itu, anda perlu mencari pembekal hosting yang terbaik seperti Leet.my, supaya website anda dapat berfungsi dengan baik.
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memilih hosting dan membuat website bagi perniagaan anda?
Apakah keistimewaan Leet.my?
- Mempunyai pelbagai pelan yang menarik dengan harga berpatutan
- Boleh memilih pelan yang bersesuaian dengan jenis bisnes anda
- Mempunyai Pakej Prihatin yang amat berpatutan
- Arahan penyelenggaraan mudah difahami
- Leet.my bersedia untuk membantu pelanggan yang menghadapi kesukaran mengenai hosting
Jadi, jom dapatkan hosting yang terbaik dengan harga mampu milik daripada kami sekarang! Klik sahaja pautan yang diberikan di bawah ini.